Ibadah

Puasa Enam Mendapat Ganjaran Sepanjang Tahun

 

Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuhberkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu langitdengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahanrahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulanyang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka…

Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.

Surah al-Maaidah: 3

Menuntut Ilmu

Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.

Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.

 

Maksud firman Allah s.w.t:

“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

 

Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :

Haji

Menunaikan ibadah haji adalah sesuatu yang amat dirindukan oleh setiap umat Islam, bahkan oleh yang telah menunaikannya berkali-kali sekalipun. Karena itu, bagi yang dimudahkan Allah untuk bisa menunaikan ibadah haji tahun ini agar menggunakan kesempatan emas itu dengan sebaik-baiknya. Sebab, belum tentu kesempatan menunaikan ibadah haji itu datang kembali.

Thumbnail: 

Korban

Korban

Dari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.  Dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.

Pensyari'atan Dan Hikmahnya

Korban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Zakat

Zakat adalah satu rukun daripada lima rukun Islam, difardhukan dalam bulan Syawal tahun ke 2 hijrah. Dari segi bahasa ialah membersih dan menyubur dan dari segi Syara' ialah mengeluarkan sebahagian dari harta yang tertentu diberikan kepada yang berhak menerimanya.

Firman Allah Ta’ala  :

Maksudnya :  “ Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat ”.

Puasa

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya :

“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Solat

Pengertian Solat

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

 

Bersuci-Haid,Nifas Dan Hamil/Wiladah

Haid

Iaitu darah yang keluar dari kemaluan perempuan pada masa sedang sihat a’fiat ialah kerana menurut tabiat perempuan. Sekurang-kurangnya umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu dari sembilan tahun ke atas. Warna darah haid itu merah tua, rasanya hangat apabila ia keluar.

 

Bersuci - Hadath

Hadath

Hadath dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku. Hadath dari segi syara‘ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah.

Ia terbahagi kepada hadath kecil dan hadath besar.

  1. Hadath kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu’.
  2. Hadath besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.

 

Syndicate content