Mengenai IslamGRID

Latarbelakang

Projek IslamGRID adalah projek kerjasama terutamanya antara MAMPU dan JAKIM (sebagai pemilik) yang mana kedua-duanya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa agensi lain seperti MOSTI. Objektif projek adalah untuk mengumpul, memulihara, menyebar dan mempromosi Ilmu Islam kepada semua umat Islam global, samada di sektor pentadbiran, industri dan komersial. IslamGRID merupakan pusat repositori kandungan digital Islam dan kolaborasi global Ilmu Islam yang lengkap dan menyeluruh.

Pasukan Projek IslamGRID secara rasminya telah ditubuhkan pada 15 Julai 2008 yang dianggotai oleh dua belas (12) Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) di bawah perjawatan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Pasukan IslamGRID adalah merupakan salah satu pasukan projek di bawah Pasukan Kepakaran ICT Sektor Awam, MAMPU. Ianya juga merupakan salah satu projek Pembangunan Kandungan Sektor Awam menerusi pelan perkhidmatan Jalur Lebar (Broadband) Negara yang dipantau sepenuhnya oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Visi

Menjadi focal point Islam yang terunggul di peringkat Global.

Misi

Memberi gambaran Islam yang sebenar, menyediakan panduan sahih untuk Muslim, dakwah kepada yang bukan-Muslim. Seterusnya berfungsi sebagai satu Institusi yang dinamik dan berkolaborasi untuk penjanaan, penjagaan dan penyebaran Ilmu Islam.

Objektif

  1. Memelihara dan menyebar Ilmu Islam secara efisien ke seluruh dunia
  2. Membina rangkaian rujukan Islam yang dinamik ke peringkat nasional dan juga global
  3. Menjadi sebagai media perbincangan Ilmu Islam terbilang di dunia
  4. Menyediakan alternatif , jawapan dan penyelesaian kepada isu-isu politik global, antara-agama, sosioekonomi dan spiritual.